:: j u s t . m e . a n d . m y s e l f ::


19.5.04

16 MEI 2004 - SeLaMaT HaRI GuRu !
Inilah karangan saya pada hari ini.

"Nak gi klinik hari ni. Nak check darah." kata mama.
"Nak check darah gak!" balasku tanpa berfikir panjang.
"Marilah... mama nak check kadar gula dlm darah, hemoglobin dan asid urik. Hari tu gi hospital, doktor tu macam tak layan sangat jer. Baik ke klinik." kata mama lagi.
Jadi pada pagi ini kami ke klinik bersama². Dalam perjalanan ke klinik yg tak sampai 10 minit itu, terfikiran pula aku ttg apa yg telah aku buat dan apa yang akan berlaku. Berdebar? tidak sama sekali, takut? tidak juga, sedih? pun bukan, marah? tak juga... Kadang² aku sendiri tidak tahu apa perasaan yg aku alami. Kadang² macam tak ada perasan langsung, tidak ada apa² yg terlintas dan tidak pula terluah dengan kata² ataupun kelakuan. Senyap sebab tidak ada apa² yg perlu diperkatakan. Mungkin sebab itu aku selalu diam, lebih baik daripada aku bercakap² kosong yg akhirnya boleh membuatkan org marah, benci dll. Tapi kadang² bila aku senyap kata mereka aku sombong sbb tidak mahu bercakap dengan mereka. Pada pendapatku mungkin kelakuan senyap itu tidak selalunya bagus.

"... masuk!"
Aku pun masuk ke dlm bilik doktor bersama mama.
"Ye ada apa²?" kata doktor.
"Nak check darah." kata mama. Lantas puan doktor pun mengambil tali stretchabble, dipakaikan dan diketatkan di lengan. Doktor menyapu tangan mama dgn kapas dan mencucuk salur darah menggunakan jarum yg agak besar. Gerun rasanya apabila memerhatikan darah tersebut terus mengalir ke dlm tabung dengan lajunya.
"Takut ke?" tanya doktor sambil tersenyum.
"...ermm..." anggukku.
Sekarang giliran aku pula. Tapi aku bukannya ingin mengesan kadar gula dlm darah, hemoglobin dan asid urik seperti mama. Aku ingin mengesan sejenis penyakit yg berkaitan dgn darah. Doktor memberikan penerangan ringkas kepadaku dan aku mengangguk shj walaupun apa yg dia katakan telah aku ketahui.
"Penyakit ini adalah penyakit genetik. Boleh di dapati dari ibu atau bapa yg menjadi pembawa gen. Ia tidak ada kaitan dgn jenis darah. Kalau awak pembawa dan andaikata bakal suami awak pembawa juga, anak awak akan menghidapi Thalesemia. " terangnya.
Doktor itu pun melakukan proses yg sama pada aku. Takut? ya, gerun? ya juga, nak menangis? tengok dulu tahap kesakitan. Aku berpaling dan menutup mata serapat² yg boleh.
"Awak nak kawin ke ni?" tanya doktor.
"Arr... tak lagi." jawabku.
"Eh... dah cucuk dah?" tanyaku.
"Sakit ker?" tanya doktor sambil tersenyum.
"Tak pun. Tak rasa apa²." jawabku sambil tersenyum dan melihat darahku yg mengalir deras ke dalam tabung.
"Darah ni akan saya hantar ke lab dan hari Khamis ni boleh datang balik." kata doktor.
"Saya hantar darah ni utk pastikan awak ada Thalesemia atau tidak. Kemudian jika ada, datang sekali lagi utk diambil darah utk mengetahui kategorinya sbb Thalesemia ni ada macam² jenis.." terang doktor.
Jadi apa yg perlu aku lakukan sekarang hanya tunggu. Mengetahui keadaan kita sendiri dari awal dapat mencegah keadaan yg lebih buruk daripada berlaku. Jadi tidak salah bagi kita utk membuat pemeriksaan utk mengelakkan masalah di hari muka.

FOR MORE INFO VISIT http://sickle.bwh.harvard.edu/menu_thal.html | http://www.abanet.it/fondazioneberloni/ing/talassem.htm | http://www.abanet.it/fondazioneberloni/ing/talassem.htm

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics