:: j u s t . m e . a n d . m y s e l f ::


2.2.03

Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun). Ketahuilah,syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
"Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita."Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak,mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya,sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya." Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya". "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya,"Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. : Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.) Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics