:: j u s t . m e . a n d . m y s e l f ::


2.9.02

It is nice to be myself again after all this years... Not wearing those baju kurung any more... Yup macam skema. Kalau lah aku jumpa member² skolah dulu mesti depa terkezut tengok aku pakai baju kurung... Keluarga aku pun gelak bila mula² tengok aku seharian berbaju kurung... cipta rekod.. :) Seme org cakap aku nampak macam skema² jer... kat uum. Dah lali dengar depa cakap macam tuhh... Now I'm being myself again... dgn jeans, t-shirt dan tudung selempang jer... macam dulu². Tak pernah berbaju kurung apatah lagi skirt, kecuali ke sekolah dan kenduri kendara ataupun hari raya, tuh pun skerat hari jer... lepas tuhh aku kembali dgn uniform harian aku. Bila aku jumpa balik member² skolah lama, diorg kata aku tak berubah langsung... macam dulu² jugak. Tapi bila jumpa dgn member² kat uum, mesti depa kata aku dah banyak berubah... mana baju lengan panjang... awak pakai jeans ker... dan macam² lagik... Ikut suka depa laa nak kata ape. Salah aku jugak. Lagi pun aku tak penah bawak penampilan sebenar aku ke sana...

Dari kecik lagi aku dah biasa bergaul dgn budak² lelaki, perempuan tak kira bangsa... di sekolah rendah dan menengah. Main sukan utk skolah ngan MSSD. Tapi bukannya sosial macam bebudak yg tak kenal batas pergaulan... Aku main sekadar nak lepas tension study dan aku sememangnya suka aktiviti² lasak yg tak terlalu lasak. Tapi sejak masuk matrik, lain plak... macam bebudak² lelaki ngan pompuan malu² skit dan tak campur sgt... mcm baik² belake. Persekitaran yg baru buat aku yg pertama kali jauh dari kelurga... Bebudak lain sekurang² nyer ader kenalan dari skolah sama atau member dekat umah ker, aper ker... Tapi aku tak kenal saper² pun. Bebudak lain yg sama sekolah atau yg aku kenal dpt masuk pusat matrik lain. Aku rasa dekat sebulan jugak aku demam, batuk dll... dan semestinya aku yg dah senyap nih jadik makin senyap.

Kadang² kita cuba berubah, jadi lebih baik daripada baik... Tapi kdg² kita kembali kepada asal... Mungkin pada mata kasar kita kelihatan spt kembali kepada asal. Tapi sebenarnya kita ada bawa banyak perubahan. Perubahan dalaman... yg tak kelihatan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics